Perlindungan.MYManaged by Luthfi Suib Agency

Sesuatu yang bermanfaat untuk andaAkan Datang!

Dalam tempoh ini, anda boleh berhubung dengan kami menggunakan maklumat yang tertera dibawah

Copyright © 2025 Perlindungan.my | Luthfi Suib Agency

perlindungan.my

Search This Blog

Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

Kena keluar duit walaupun dah bayar Medical Card bulan-bulan

  Q: Luthfi, kenapa you asyik tekankan kena ada wang simpanan kecemasan walaupun ambil Medical Card? A: To be honest, saya kena keep on educ...

Saturday, March 7, 2026

Kena keluar duit walaupun dah bayar Medical Card bulan-bulan

 Q: Luthfi, kenapa you asyik tekankan kena ada wang simpanan kecemasan walaupun ambil Medical Card?

A: To be honest, saya kena keep on educate orang ramai - kita still kena bayar dan keluar duit poket sendiri walaupun dah bayar medical card bulan-bulan.
Pihak hospital akan mintak duit deposit upon admission & some hospital asked for security deposit upon discharge wad while waiting for Final GL approval.
Q: You ada pengalaman ke client tak ada duit nak bayar depo/security deposit?
A: Ada!
Ada satu ketika, waris client call saya maklumkan yang client accident.
Since dia accident kat area yang dekat dengan hospital kerajaan, saya suggest untuk terus ke hospital kerajaan.
Lagipun, ambulans hospital kerajaan yang datang pick up client. Pergi hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan segera untuk selamatkan nyawa.
Waris client keep on calling me untuk transfer ke hospital swasta. Saya bagi cadangan agar doktor di hospital swasta keluarkan diagnosis dulu sebelum transfer.
Sebelum tu, saya semak balik status sijil takaful client. INSUFFICENT FUND. Status sijil ni hampir-hampir lapsed sebab tak buat bayaran, bayaran lambat ataupun bayaran tak cukup.
Lepas semak ada 12 bulan tunggakan. Sebelum ni saya dah remind kat client tapi dia tak respon. Saya terus inform kat waris client.
If nak admit kat hospital swasta jugak, ada risiko GL declined sebab payment tak cun. Saya advise kat waris client untuk bayar atlease 3 bulan untuk bagi Polisi jadi Aktif balik.
Waris client setuju. Dia bayar 3 bulan caruman. Setiap sejam saya refresh status Polisi client. Dalam masa yang sama, client kat hospital kerajaan tunggu untuk dapatkan diagnosis.
Tak silap lepas hampir sehari lebih baru keluar result yang client patah tulang rusuk. Nasib tak baik time tu weekend. So, untuk update status payment perlukan atlease 2 hari bekerja.
Walaupun polisi masih lagi tak bertukar kepada aktif, saya sebagai ejen takaful call hospital swasta untuk urusan transfer.
Urusan transfer dari gov ke private tak mudah. Tak susah jugak.
Waris client kena dapatkan doktor hospital kerajaan untuk bercakap dengan doktor hospital swasta. Two of them kena communicate & "hand-shake" sebelum official transfer berlaku.
Walaupun saya Ejen, saya adalah ORANG LUAR
Saya hanya boleh follow up dengan waris client & staff hospital swasta bahagian kecemasan.
On top of that, waris client keep asking me berapa kos rawatan perubatan. Dia takut kos terlalu tinggi sebab had limit medical card client hanya RM100,000 je.
Lepas je waris client sign surat "discharge" hospital kerajaan, ambulans hospital swasta terus pi pickup client kat hospital kerajaan. Dan, bila sampai je hospital swasta, depa buat inspection sekali lagi, ikut proses & procedure di private hospital.
So far untuk admission client tak ada masalah untuk bayar. Hanya RM300 je dan deposit tu refundable.
Alhamdulillah, GL approved walaupun polisi dalam status INSUFFICENT FUND. Saya LEGA!
Client admit wad lebih kurang 5 hari dan kemudian dibenarkan balik rumah.Kat sini jadi masalah bila client boleh balik tapi Final GL tak approve lagi.
Nurse dah cabut jarum dan pihak pengurusan mintak client bayar security deposit RM500. Selagi tak bayar selagi tu client tak boleh balik.
Waris client call saya & tanya tentang prosedure ni. Dia terkejut kena bayar Security Deposit.
Again, saya jelaskan walaupun saya ni Ejen, saya tak dapat tolong banyak sebab semua tu proses & prosedur hospital swasta.
By hook or by crook, waris client kena bayar security deposit baru boleh keluar.Tak lama lepastu client balik. Saya pun tak tanya banyak.
Moral of the story, kalau hampa fikir Medical Card ni penting, tolong la jaga payment elok-elok. Memang bagus ambil pelan Medical Card yang ada investment-link/savings ni.
Tapi jangan buat bayaran selang-seli untuk elakkan polisi lapsed. Bayar la macam biasa.
Kita tak tahu bila nak guna Medical Card & kena pastikan bayaran tip-top pada setiap masa.
Satu lagi, tolong pastikan kita ada duit simpanan kecemasan untuk bayaran deposit & security deposit upon discharge (jika ada)
Actually cerita ni panjang. Cukup setakat ini untuk jadi rujukan dan pengajaran untuk semua. Saya berkongsi pengalaman ini untuk tujuan education & bukannya nak tuju ke mana-mana pihak.
Semoga dapat manfaat.